Warna bangkit aura diri


Adakah anda mempunyai warna kegemaran yang anda sukai ?
Tahukah anda dalam kehidupan manusia, warna amat memainkan peranan penting. 
Adakah warna kegemaran anda kuning, hijau atau coklat ?
Warna sememangnya membantu menaikkan mood dan suasana serta membangkitkan auranya yang tersendiri.


Sebenarnya warna yang menjadi kegemaran anda sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan perwatakan. Warna juga mempunyai aura tersendiri dalam mempengaruhi sikap seseorang dan personaliti.
Apa kata kita selidik rahsia yang ada di sebalik rona-rona warna ini. 


MERAH

> melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga
> mendorong cepatnya denyutan nadi
> menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan
> pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan, dan keberanian

a) merah terang : melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. sifatnya agresif, aktif, garang, penuh ghairah dan dominasi.
b) merah jambu (pink) : melambangkan romantik dan feminin. mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan. (macam akukah ? jangan perasan ok !)


BIRU

> melambangkan ketenangan yang sempurna. (dok tepi pantai rasa tenang je kan,kan ?)
> mempunyai kesan yang menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

a) biru tua : melambangkan perasaan yang mendalam. bersifat konsentrasi, koperatif, cerdas, kejujuran, dan patriotik. tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mudah mendapat kawan ramai.
b) biru muda : kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. sifatnya bertahan, pelindung, tidak berubah fikiran. boleh menjadi keras kepala, teguh, sering bangga diri, berpendirian tetap.


KUNING    

> melambangkan kegembiraan.
> mempunyai sifat selamba, santai, tenang dan tidak terkesan dengan masalah.
> sikap yang berubah-ubah tetapi penuh dengan harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya yang juga tinggi.

a) kuning terang : sifat yang boleh berubah dengan mendadak. sederhana tetapi unik, bertolak ansur, berhati-hati dan menonjol. dari pengaruh, berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.


HIJAU 

> melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. (eh, cam aku pulak, hehehe)
> mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. sifat ingin meningkatkan rasa bangga, perasan lebih, hebat dan mengatasi orang lain. (kawan-kawanku jangan ada sifat macam ni tau !)
> suka dipuji, mudah menasihati orang lain.


UNGU

> warna ini adalah campuran warna merah dan biru melanbangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut.
> perpaduan antara keimtiman dan kemesraan, erotik dan berperasaan mendalam dan peka.
> sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.


KELABU

> warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas.
> tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. 
> sifatnya yang lebih natural.


COKLAT

> seringkali menunjukkan ciri-ciri suka persaingan, tidak suka beralah, kurang tolenrasi, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.


HITAM

> melambangkan kesedihan dan keseorangan.
> memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakan dan kemusnahan.




Berpakaian melalui WARNA :

Isnin > Putih
Selasa > Merah jambu @ ungu
Rabu > Biru
Khamis > Oren
Jumaat > Hijau
Sabtu > Merah
Ahad > Hitam



Sumber : dara.com