"don't judge the book by its cover"

assalamualaikum..

hai anda semua !


mungkin anda selalu dengar perkataan "don't judge the book by its cover", yang mempunyai maksud tersirat. 
apabila ditranslatekan perkataan tersebut "jangan menilai sebuah buku melalui muka depan".
anda sudah tahu kan maksud tersirat ?

jangan kita menilai seseorang tu dengan melihat luaran sahaja, tetapi nilailah seseorang itu dengan lebih mendalam.
kadangkala disebalik kata-katanya, perbuatannya, tingkah lakunya, sikapnya dan something like that yang membuatkan kita leka dan lalai.
padahal semuanya tu adalah plastik belaka dan kepura-puraan bagai ! (agak kasar ayat saya kan, blog saya kan, punya pasal lah).
seseorang itu mampu mencipta pelbagai karakter untuk pastikan setiap karakter yang dicipta mampu membuat kita terasa...... 'wah, pijak semut depan kita pun tak mati'.
melihat, menilai sikap dan cara pada diri seseorang membuatkan kita terfikir sejenak, 'inikah dirinya yang sebenar ?' 

seseorang itu mampu hidup dalam kepura-puraan.
kita tidak tahu diri seseorang itu dengan sebenarnya tetapi seseorang itu yang tahu dirinya yang sebenar.
disebalik senyuman seseorang  itu terukir pelbagai karakter yang terselindung. 
yang pastinya kita tidak tahu apakah tujuan sebenarnya.

pastikan kita berhati-hati memilih seseorang, "don't judge the book by its cover".
pemikirannya yang amat tajam untuk memasang strategi bagi mengaburi dirinya yang sebenar.
jangan kita leka dan lalai diatas setiap perbuatan yang dilakukan.

'mendalami diri seseorang dengan lebih mendalam adalah perlu untuk kita mengenali dirinya yang sebenar, 
yang pasti ikhlaskan hati'


andalah yang akan menilai sendiri


p/s :  terokai setiap perkataan,
        renungkan setiap perkataan,
        berfikirlah secara positif !


terima kasih membaca entry ini.
sekian, assalamualaikum..