kesabaran

assalamualaikum..

apa itu kesabaran
kesabaran itu adalah separuh daripada iman.
setiap dugaan yang datang harus tabah hadapi dengan penuh kesabaran. 
kesabaran itu lahir dari hati kita sendiri.
kesabaran itu juga membuatkan kita tenang menghadapi segalanya.
kerana kesabaran itulah membuatkan kita lebih matang dalam segala hal.
tidak ada yang paling sukar di dalam dunia ini selain bersabar.
kerana sabar itu merupakan satu kerja yang unik.
kesabaran memerlukan hati dan jiwa yang kental untuk menghadapi segala ujian. 
kadang-kadang ianya menyakitkan hati dan boleh menyebabkan kita jadi marah.
tetapi dengan adanya sifat kesabaran dalam diri, ianya akan menjadi tenang.
sabar juga akan membuatkan kita bahagia bila semua yang kita perjuangkan mencapai hasilnya.
sabar adalah cermin keperibadian seseorang, ianya melambangkan kekuatan jiwa menempuh semua masalah yang dihadapi.

 
"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu" Surah Ali-Imran ayat 120.